Umrah HQ | Solusi Bagi Semua Urusan Umrah Anda

Membeli rumah untuk didiami bukanlah satu
kerja yang mudah. Lokasi dan kawasan persekitaran rumah sangat memainkan
peranan yang besar dalam menentukan kesesuaian sebuah rumah.

Soalan-soalan asas seperti keselamatan, fasiliti, infrastruktur dan kebolehan untuk dijual semula selepas suatu jangka masa pasti bermain di fikiran kita.

Untuk itu, kami akan review sebuah lokasi yang
terletak 30 minit dari pusat bandar
Kuala Lumpur
dan 23KM dari Putrajaya
ini.

Sejarah Bukit Jalil

Bukit Jalil adalah
kawasan pinggir bandar Kuala Lumpur yang terletak di perbatasan antara Cheras,
Puchong, Sungai Besi dan Kuchai.

Lebih dikenali sebagai Estet Bukit Jalil sehingga tahun 1992 dan dibangunkan oleh Kerajaan seiring pembangunan Kompleks Sukan Negara yang digunakan semasa temasya Sukan Komanwel 1998.

Bukit Jalil adalah
lambang kegemilangan Malaysia pada era penghujung 1990-an di mana Malaysia
menjadi tumpuan global bukan sahaja dalam bidang sukan, bahkan infrastuktur
dengan pembangunan LRT Aliran Ampang – Sentul Timur – Sri Petaling.

Hari ini Bukit Jalil telah menjadi tumpuan banyak pemaju hartanah untuk membangunkan projek perumahan yang bukan sahaja menawarkan kediaman ideal tetapi dilengkapi dengan infrastuktur yang lengkap untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di Bukit Jalil.

Bukit Jalil, Bandar Masa Depan Lembah Klang

Buat pengetahuan anda, Bukit Jalil merupakan salah satu bandar dalam Greater Kuala Lumpur di mana terma ini menetapkan, Kuala Lumpur adalah sebuah kawasan yang diliputi 10 majlis perbandaran merangkumi kawasan seluas 2,793.27 km persegi.

Antara kawasan yang
bakal menerima impak dari pembangunan Greater Kuala Lumpur adalah Kuala Lumpur,
Putrajaya, Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Kajang, Subang Jaya, Selayang,
Ampang dan Sepang.

Pelan induk Greater Kuala Lumpur ini merangkumi rancangan 20 tahun yang bersepadu daripada majlis perbandaran setempat, negeri dan DBKL untuk mengubah infrastruktur di rantau ini sebagai tindak balas kepada keperluan dan aspirasi tempatan.

Pembangunan Bukit Jalil City

Hari ini, terdapat banyak pemaju hartanah yang bekerjasama membangunkan Bukit Jalil City seiring dengan pelan induk Greater Kuala Lumpur.

Di antara pemaju yang terlibat adalah Trinity Group yang membangunkan Z Residence, Berjaya Land Berhad, Exsim Group, Dolomite Group, General Corp Berhad, WZR Group, Malton Group, MRCB dan juga Pavlion Kuala Lumpur.

Transaksi Hartanah Bukit Jalil Tahun 2018

Berdasarkan rekod transaksi hartanah dari Brickz, terdapat 33 transaksi hartanah jenis teres merangkumi 7 projek di Bukit Jalil dengan harga median adalah RM1,230,000.

Untuk hartanah jenis kondominium pula,
terdapat 266 transaksi merangkumi 17
projek dengan harga median kondominium adalah RM620,000.

Manakala rekod transaksi hartanah bagi hartanah jenis apartment pula mencatatkan 79 transaksi daripada 6 projek dengan harga median apartmen berharga RM340,000.

Median Harga Rumah Di Bukit Jalil

Berikut merupakan median harga hartanah dan harga mengikut kaki persegi di Bukit Jalil bagi Januari 2018 sehingga Januari 2019.

Jenis Harga
Median (RM)
Harga
Median per /kps (RM)
Banglo 3,700,000 749
Semi D 2,060,000 446
Teres 1,230,000 470
Townhouse 610,000 452
Apartment 340,000 377
Kondominium 620,000 495
Flat 35,000 54
Servis Residen 868,000 804
Sumber: Brickz.my

Jom kita tengok pula infrastruktur dan kemudahan yang terdapat di Bukit Jalil.

Infrastruktur

Bukit Jalil mempunyai sistem rangkaian pengangkutan yang baik daripada segi lebuhraya, dan pengangkutan awam. Bukit Jalil boleh diakses dengan Lebuhraya Bukit Jalil, Lebuhraya KESAS dan Maju Expressway (MEX).

Daripada segi pengangkutan awam pula, Bukit Jalil mampu diakses dengan perkhidmatan bas Rapid KL dan LRT melalui stesen Awan Besar dan stesen Bukit Jalil.

Selain daripada itu, Bukit Jalil hanya terletak 5KM dari Terminal Bersepadu Selatan yang juga merupakan hab pengangkutan utama di Kuala Lumpur 23KM dari Lapangan Terbang Subang dan 45 minit dari KLIA.

Pusat Membeli-Belah

Bakal wujud pusat
beli belah yang ikonik di Bukit Jalil hasil usaha sama Malton dan Pavilion
Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Pavilion Bukit Jalil di bawah projek Bukit
Jalil City.

Pavilion Bukit Jalil dijangka akan mula dibuka pada tahun 2021 dan bakal menjadi destinasi beli belah termasyhur di Kuala Lumpur dengan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa mengisi setiap unit di dalam pusat beli-belah ini.

Pusat Pengajian

Selain dikenali sebagai bandar sukan, Bukit Jalil juga menjadi destinasi ramai pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPT di sini. Antara pusat pengajian tinggi yang terdapat di sini adalah:

  • International Medical University
  • Telecommunication Engineering College
  • Asia Pasific University of
    Technology
  • Technology Park Malaysia College

Kawasan Industri

Bukit Jalil menjadi
lokasi pilihan ribuan syarikat dengan puluhan ribu pekerja di dalam sektor awam
dan swasta.

Terdapat banyak
peluang pekerjaaan di Bukit Jalil dengan kawasan merangkumi Technology Park
Business Center dan Bukit Jalil Business Integrated Park.

Hospital

Jangan risau jika anda memerlukan khidmat pakar kesihatan kerana terdapat IMU Health Care sebuah hospital swasta dan hospital kerajaan yang terdekat adalah Hospital Serdang dengan jarak 16KM.

Terdapat kira-kira 10 klinik pakar yang beroperasi di sekitar Bukit Jalil dan Sri Petaling dan anda tidak perlu bimbang mengenai khidmat kesihatan.

Pusat Hiburan

Hidup seakan tidak bermakna tanpa ada aktiviti hujung minggu bersama keluarga tersayang. Memandangkan Bukit Jalil merupakan bandar sukan, kita boleh berkunjung ke Taman Rekreasi Bukit Jalil atau pun Taman Wawasan Rereational Park.

Jika inginkan kelainan, bolehlah berkunjung ke Farm In The City yang merupakan sebuah zoo terbuka dengan pelbagai jenis haiwan. Kita boleh memberi makan dan menyentuh haiwan di sini.

Bukan itu saja, kita juga boleh menikmati pelbagai makanan tempatan dan barat sambil menikmati pemandangan rumput yang menghijau dan haiwan di sini.

Dalam tempoh kurang
daripada 10 tahun dari sekarang, tidak mustahil Bukit Jalil mampu menjadi
lokasi alternatif utama warga Kuala Lumpur menetap dan memulakan kehidupan.

Bukit Jalil City dengan keluasan 50 ekar bakal menjadi mercu tanda Bukit Jalil yang terletak di selatan Kuala Lumpur yang menawarkan gaya hidup kosmopolitan dan menjadi destinasi perniagaan, beli-belah, santai dan hiburan.

Sumber Rujukan:

  1. World Population Review
  2. The Edge Market
  3. Property Insight
  4. Brickz.my
  5. Kaki Property
  6. Prop Social
  7. Focus Malaysia

Iklan



Iklan


Bandingkan Harga & Kualiti Pakej Umrah di Malaysia

Source link